Kejohanan Debat Piala UIA 2009. sidang berakhir..
Majlis Makan Malam(grand dinner) sebagai acara pembukaan.Atas dari kiri: Datin Norjuma, pemuzik tradisional, pengacara,
Syazwan (penyanyi), wakil daripada penaja; Berita Harian.
Dari meja reporter.
Sidang perdebatan sudah berakhir pagi tadi dengan pertemuan sebuah sekolah agama yang baru meningkat naik iaitu Sekolah Menengah Islam Hidayah, Johor Bahru dengan Sekolah Tuanku Abdul Rahman (b) STAR.
Keputusan sudah diumumkan.. ternyata barisan menteri SMI Hidayah betul-betul mengejutkan ahli-ahli dewan dan perwakilan apabila berjaya menawan hati barisan hakim dan Yang Di-Pertua sehingga mereka dinobatkan sebagai Johan Kejohanan Debat Sekolah-sekolah Seluruh Malaysia kali ke-8 2009. Ini secara tidak langsung mencatat sejarah kejohanan apabila mereka muncul sebagai sebuah sekolah harian agama (swasta) pertama yang berjaya merangkul gelaran juara bagi kejohanan gilang-gemilang yang dianjurkan oleh UIA setiap tahun ini.

Atas dari kiri: Asraf dari MRSM TGB, Ilham dari SMI Hidayah.
Bawah dari kiri: Mewakili SMAP Kajang, mewakili TKC
Pendebat terbaik keseluruhan pula dianugerahkan kepada Si Perdana Menteri MRSM Tun Ghafar Baba(Jasin), Ahmad Asraf bin Ahmad Shahrudin. Pasti semua orang bersetuju dengan pemilihannya bukan? Hujah dan gayanya yang tampak benar seperti seorang menteri yang sedang berhujah di parlimen memang berjaya mencuit hati semua ahli dewan.
Kejohanan debat pada tahun ini menyaksikan kemaraan sekolah-sekolah harian dan sekolah berasrama penuh SBP juga MRSM yang jarang-jarang melayakkan diri di peringkat suku akhir sekalipun.
Berikut merupakan senarai Champion dan First Runner Up kejohanan debat pada tahun-tahun lepas.

Tahun ini, sekolah-sekolah ‘harapan’ seperti MCKK, SAS, SSP, SBPI Gombak, RMC, SMAP Kajang dan Maahad Hamidiah sudah kecundang di peringkat octo final dan suku akhir lagi. Memang tidak dijangka kekalahan mereka. Pelajar-pelajar SSP team A dan B yang dijangka mampu mencatat sejarah juga akhirnya mengalirkan air mata. Perkara yang sama terjadi kepada bekas sekolah penulis iaitu SBPI Gombak. ‘tersekat’ di peringkat suku akhir.

senarai sekolah yang berjaya ke pusingan Octo-final
Senarai sekolah yang berjaya ke peringkat suku akhir,
STAR, SBPI KUBANG PASU, SEMESTI (A), SMS FARIS PETRA B, TKC, MRSM TGB, SMI HIDAYAH, dan SMAP K.

Senarai sekolah yang berjaya ke peringkat separuh akhir
Bagi perlawanan debat Bahasa Inggeris atau English Debate pula, SMK Green Road berjaya menumpaskan lawannya SMI Hiadayah (sekali lagi) seterusnya merangkul gelaran ‘Champion’ bagi English Debate Championshiop yang dilangsungkan di Main Auditorium,IIUM malam tadi. Reza dari MRSM Balik Pulau berjaya merangkul gelaran ‘Best Debater’.
Sedikit kekhilafan kejohanan pada tahun ini ialah masalah cirit-birit dikalangan pelajar dan guru-guru berlaku terutamanya pelajar-pelajar yang menyertai English Debate di KAED (Kuliyyah of Architecture & Environmental Design). Yang peliknya, pelajar-pelajar di AIKOL (Ahmad Ibrahim Kuliyyah of Law) yang menyertai debat BM tidak pula mengalami masalah yang sama. Mungkin kerana perbezaan Tender Catering di antara KAED dan AIKOL.
Bagi krew RATIO yang diletakkan di bawah tugas Program Coordiantor (PC) pula, edisi RATIO pada tahun ini berjaya mendapat pujian ramai. “Puas membaca”, kata mereka. Mutu report , gambar dan pengisian berjaya ditingkatkan. Usaha editor-editor yang tak tidur malam dan berperah otak membuat artikel memang berbaloi. Nice knowing you guys! good job everyone!
Bagi penulis sendiri, apa yang penting.. penulis dapat belajar sesuatu yang baru apabila pertama kali ‘handle’ program debat sebegini apatah lagi dapat mengenali pasukan dan tenaga kerja ‘penting’ UIA iaitu pasukan Debat UIA secara lebih dekat. Dapat juga belajar bermain piano di studio debat. hehe.
Setelah terlalu kerap meronda-meronda dan ulang-alik ke AIKOL, dengan Moot Courtnya yang ‘berjiwa’..penulis mula menyukai kuliyyah ini. macam dah jadi rumah kedua pula..hehe (KAEDians jangan marah ekk) Penulis juga dapat bertemu kembali dengan adik-adik bekas sekolah penulis (SAMTTAR dan SBPI Gombak) di kejohanan ini. Takdalah membuang masa ‘terlebih tidur’ di rumah atau pun termangu di depan laptop(eh laptop rosaklah) keseorangan kerana ibu bapa ’sibuk’ dengan kerja.
Penulis happy melihat gelagat para pelajar atau ‘barisan menteri dan pembangkang’ membentang dan membidas hujah dengan cara yang tersendiri. Setiap sekolah mempunyai ‘bahasa’ dan ‘gaya’ masing-masing yang unik. KISAS dengan songkok, blazer dan kesantunan mereka. RMC dengan uniform ‘hijau’ mereka. MCKK dengan jersey merah, kuning, hitam mereka. SSP dengan baju batik merah mereka..Begitu juga dengan sekolah-sekolah lain. Setiap sekolah juga mesti mempunyai paling tidak seorang speaker yang menonjol. Penulis masih ingat akan Ilham dari SMI Hidayah, Asraf, dan Larry yang penulis kagum dengan ‘kredibiliti’ mereka. Banyak ilmu perdebatan dan hal semasa yang penulis belajar melalui mereka dan program ini..
Semoga bertemu lagi..

Sekolah Menengh Islam Hidayah Johor Bahru!! Sekolh cousin ham. skolah ni power gilerrrrrrrrrrrrrrrrrrrr in academics.
Kenapa tak tulis macam ni dalam ratio? huhu
Ahmad Asraf tu mmg cool.. mmg patut dia dipilih.
Ps: wawa kata itu keyboard. Bukan piano. :p
Alhamdulillah, sekolah kami dapat tempat lah tahun nih…. tapi sedih gak sebab debate bm yang dapat first ……
PS:’I'm an English debater for your information’
Assalamualaikum!
Tahniah tuk SMIH amnye dan khusus buat debaters yg namenye baru sy kenal - ili, ilham dan liyana utk BM..yg english x dikenalpasti tapi kalian memang hebat!
Alhamdulillah semoga Allah buka jalan yg lebih luas utk kalian maju terus di bidang ini! inilah pelapis yg kita harapkan akan memimpin negara satu hari nanti…
Teruskan usaha dan jgn lupa di mana bumi dipijak langit dijunjung…al-quran sunnah jadi panduan sepanjang jalan! masa depan kalin dan SMI Malaysia pasti semakin cerah! alhamduliallah alhamdulillah alhamdulillah! tak terhingga syukur saya dengan berita gembira ini…
saya tak dapat mengikuti secara live program yg membanggakan ini, sungguh merugikan. Masih seorg sahabat Batch1 SMI Hira’ Jeram SPM 1995, Siti Hajar Zainal Abidin, juga English Teacher & membawa team debate english untuk Sekolah Menengah Bistari Bukit Kayu Hitam, Kedah dah mengumumkan bangganya dia melihat kalian di carta final. Memang sungguh bangganya kami wp kita x pernah berpeluang mengenali…tahniah lagi!
Buat Naib Johan Denate BI - jgn kecewa, masih bnayak peluang di depan, jgn terlalu excited dengan anugerah kerana itu akan hanya merendahkan nilai kita di mata Allah…
Kalau sesiapa ade video, apelah kire upload di Youtube untuk tatapan kami yang x berpeluang mendengar bicara halilintar kalian
Tahniah buat kesekian kalinya dr sy…kalian kebanggan semua! Allhuakbar!!!
K.Hannan
Batch 1 SMI Hira’ (ex-Batu Belah, curr: Jeram)
SPM 1995
salam…wah, rasa kagum dengan kehebatan adik2 kita berdebat…gud job! gunakan kepetahan yang Allah telah kurniakan pada kalian dengan sebaik-baiknya…bukan semua orang dilancarkan lidahnya untuk bertutur apatah lagi berdebat di khalayak ramai, jadi gunakanlah kelebihan yang diberi untuk menggapai redha allah…Wallahua’lam…
Salam, congrats to all debaters although didnt win this comptition . oh, i’m from SMIH Jb btw >.<
suke sgt kt 1st speaker dbt bm smih..
@Debater SMIH
Oh..so yang masuk final tu la.saya time keeper final. debater smih nampak innocent masa final.
kpd yg kurang berjaya, mungkin belum diizinkan olehNya.. yg lebih penting, segala kekurangan yg ada kita pertingkatkan lagi taun depan. =)
kpd Hannani, penulis tak record pulak pertandingan ari tu. maybe anti leh try search kat youtube..
anies, penulis tertarik ngan 3rd speaker. pembidas smih..
radzi.. yg tekan kat ‘benda alah tu’ pun tulis ‘grand piano’ kan? haha
congrats smih;)
p/s:i’m da one yg mwakili tkc tuh.thnx 4 dat nice pic!XD
waah!!
thx..
eh mrsm tun ghafar baba.bangga aku.haha
eitt boo! anda sama ngan kembar ekh. mereka mmg bagus. tahniah2.haha
Salam,
Akak bleh minta tolong tak,
Boleh tak beri gambar2 mrsm tgb di UIA 2009..
Boleh ye,…
c0ngrate…….k0rang hebat
asraf mmg yg terhebat!!!!!