Home > messy blog, scratch book > Dia. Adi.

Dia. Adi.

November 25th, 2009

 

 

Akulah Adi Putra
Melayu tidak pernah lupa

 

duduk tahun satu rasanya terseksa
tiada siapa peduli
tetapi aku bisa bedakan
ilmu Allah bagi dan ilmu diajar guru bermula dengan
‘A’, ‘B’, C ,’one’, ‘two’, ‘three’, ‘alif’, ‘ba’, ‘ta’

 

di mana trillion? di manakah billion?
di mana tahfiz Al Quran?
di mana doa2 para nabi para wali?
untuk apa aku disini?

 

aku berfikir rasional
aku berfikir international
pandai aku bijak aku comel aku
hanya untuk ditonton diuji dan dipuji
aku malu
alangkah ruginya mereka
untuk apa semua ini
di mana mata hati mereka?

 


pujian biar bertempat
marah biar bersopan
kurang ajar biarlah berbudi bahasa

 

tersirat mereka tak nampak
tersurat sahaja mereka lihat
di mana silapnya

 

Rasulullah memimpin ummah
hebatnya baginda
pimpinlah aku
doakanlah aku

 

aku punya cita-cita
aku punya idola
barangkali aku kecil mereka
hanya ketawa

 

Allah Maha Perkasa
tahfiz Al Quran itu hebat
Hafaz Yaasin itu penerang hati
matematik itu tunjang ilmu

 

ayuh bangsaku bangunlah
kita bertemankan islam
kita penuhkan ilmu didada
kita jadikan melayu hebat di persada dunia
bersamaku adi putra
akulah modal insan
anak melayu jati
wawasan 2020

 

takkan melayu hilang di dunia
pantang melayu menderhaka pada sultannya
pemuda harapan bangsa
pemudi tiang negara

 

mengapa bersembunyi diri di sebalik ibu pertiwi
sejengkalpun tanahairku dijajah
biar putih tulang jangan putih mata

 

Cik neollene memang tak tengok tv kat campus. I know show ni dah lama disiarkan. but that’s not the matter.

 

Apa yang cik neollene fikirkan, poem ni bukan just beri kita kesedaran tentang tanggungjawab kita as seorang pewaris bangsa Melayu.. dan juga seorang Muslim. tapi memberi kesedaran juga bahawa kelebihan atau ‘gift’ yang dikurniakan Tuhan kepada seseorang itu berbeza-beza mengikut kemampuan dan ketentuanNya. Memang kita nampak Adi sangat hebat dalam Matematik..Tapi sedar tak kita yang everyone pun has their own ‘power’ or ‘talent’. Bezanya cuma kelebihan adi lebih menonjol seawal usianya. Tidak semua orang boleh berpuisi.. tidak semua orang boleh berfalsafah.. boleh menyukat jisim proton, tenaga cahaya, rintangan litar,tekanan berpiuh ataupun kekuatan struktur. tidak semua orang boleh melukis sebuah wajah sang permaisuri sebegitu indah jika tidak dikurniakan Tuhan apa yang dinamakan sebagai bakat dan kehalusan seni tangan. dan tidak semua orang boleh ‘bercakap’, jika disuruh bercakap. dan macam-macam bidang lagi…

 

Glad that adi seperti matang dalam menangani anugerah yang dimilikinya dan tidak tersimpang dari jalan Penciptanya. Seawal usia 7 tahun, dia sudah tahu bersyukur dan sujud kepada Yang Maha Memberi..tahu akan kelebihan Al-Quran dan As-Sunnah. Berbeza dengan orang yang lebih besar dan matang daripada dia, tetapi cukup bermegah dan riak dengan kelebihannya..Apa yang ada pada pujian?

 

Pernah bertentang mata dengannya di SBPI Gombak..(kan myra, kak d?) Dia kelihatan seperti kanak-kanak biasa.. tetapi memulakan bicara dengan kata-kata yang mengagumkan. Dia mampu mencipta 200 ratus lebih rumus matematiknya sendiri..membuat kita ‘ternganga’ melihat cara dan daya ingatannya. Ketika bersekolah di International Islamic School dan UIA.. jiwanya meronta. Ramai orang yang marah padanya kerana kata mereka, adi ’sombong’. Tak mahu bersekolah seperti kanak-kanak lain. Tapi sedarkah kita, jika kita ditempatnya, apa yang akan kita rasa? Hidup mesti dihargai dan ilmu mesti diamalkan bukan?

Selain tu, Adi juga ada kelemahan. Tidak semua subjek yang dia betul-betul kuasai. Sebab itu Allah tidak berikan ’semua’ pada dia..

 

‘penuhkan ilmu di dada..jadikan melayu hebat di persada dunia.’ tak kira siapa pun kita. setiap insan memainkan peranan memajukan bangsa dan negara. barulah..takkan Melayu hilang didunia. =]

Dia. Adi. Saya. Ain. dia lain. saya lain. dia hebat. saya hebat gak. hehe ;)

 

NOTE: Patutla Imran asalnya nak didaftar nama Adi.. Adi Imran.. umm.. mane beshh? hehe.

dah lame tak tulih ayat lengkap Bahasa Melayu SPM.. ^^ yeaacshh! pagi ni, (rabu) kena bangun awal.. 7.30 pagi dah kena anto ikan fwesh pada mama imwan! yak! (jauh kot!)

 

messy blog, scratch book

  1. thelefthanded
    November 27th, 2009 at 19:30 | #1

    met him, interviewed him, watched him..
    talked to the father, talked to his mother, watched them..
    at the end.. entahlah
    setahun lepas.. sajak yang sama.. jawapan yang sama.. demo yang sama..
    keluar AC.. sajak yang sama.. jawapan yang sama.. demo yang sama..
    di mana-mana.. sajak yang sama.. jawapan yang sama.. demo yang sama..
    sometimes i do felt sorry for him..
    1st time berjumpa dengan Adi i’m truly amazed..
    bila bercakap dengan ayahnya.. hmmmmmm

    apa-apa pun gus luck Adi..
    semua kanak-kanak.. istimewa

  2. November 28th, 2009 at 15:14 | #2

    owh. what did his father say to u..
    hehee lame answer ekh or nonsense
    dulu if we met him pun. his father yg byk cakap bg pihak adi. as if dia yang ada kelebihan tuh

    just hope that he can manage and apply his ability wisely to give something good to this country and our ummah

  3. November 28th, 2009 at 18:39 | #3

    hehe..
    semoga adi tabah..
    jangan end up jadi macam math genius kita yang sorang lagi..
    bila at one point they get bored.. they tend to try sumtin ‘out of the other box’

    anak yang lahir ibarat kain putih
    ibu bapa mencorakkan
    tetapi kalo dah awal lagi corak dah penuh
    berserabut jadinya nanti..

    bukan nak menafikan kegeniusan adi..
    he’s a genius
    cuma bimbang bila adi selalu ‘digunakan
    rosak pula nanti.
    kancil kalo bawak 160km/j pun bleh hancur lama-lama

    childhood developmentnya perlu seiring dengan kegeniusan nya

  4. November 28th, 2009 at 22:21 | #4

    hehe betol la. ibu bapa seperti cermin..di mana anak-anak melihat masa depan mereka.

     

    kes sufiah yusuf tu mmg agak mengecewakan. rugi je ilmu dia ada. tapi tu semua maybe sebab tekanan dari masalah keluarga n dia kecik2 dah tak dpt nikmati hidup cam kanak2 lain. patut dijadikan teladan buat adi jugak. tak boleh life dia dipenuhi ngan bermcm2 perancangan sebab nak fulfill his parents’ need..dia sendiri kena rela dan sedar kemampuan dia kan kan

     

    bior berwajah kiut seperti kancil tapi hebat gak di atas trek. cuma jgn over press minyak dah :D (kancil lagi pickup wat racing pe dari kembara beso tuh)

     

    adi nih kite nantikan dan lihat

  1. No trackbacks yet.