diam. tahan
Malam ini. hantar imran. dia dah nak balik umah dia. Nenek dari Kuching sedang menunggu.
30 minit sebelum pulang.
perangai jadi pelik. diam. tahan. sebak.
(duh cemana nih!)
Salam. cium imran. tahan lagi.
Terus melulu keluar rumah. start enjin. palingkan kepala. tahan. (jangan bagi mama papa imwan nampak)
Tapi. tak dapat. (duh!) cecepat kesat.
Beredar.. sambil tersenyum, teeen! (car honking) “babai imwan!! ^^ jaga imwan bebaik ye..”
Pasang radio kekuat. nyanyi kuat2.. produa meluru laju. nasib baik ma ada duk kat sebelah.
Kalau tak..mesti malam ini dibasahi hujan. kelajuan dan radio diperlahankan.
Dari dulu, satu sifat atau kelemahan diri yang tak hilang-hilang adalah benda ni. Walaupun dah besar..tetap macam ni. Mungkin pshycologi sebagai seorang anak bongsu influence sifat ni. Rasa apabila ‘membayangkan hidup tanpa dia..’ mungkin.
Dan juga kerana sebuah hati. yang sangat halus sehingga terlalu cepat rasa mengalir dalam tubuh. tak dapat ditahan daripada mengalir apabila berpisah dengan orang-orang terpilih yang disayang. bukan pada semua orang.
Penah dulu. sorang cikgu yang disayangi kena pindah sekolah. Semua budak-budak rilek je bergembira bergurau senda dengan cikgu tuh. Tapi cik neollene tetiba menghilang di belakang kelas. diam. tahan sebak.
contoh lain, time tinggalkan besfren di Melaka. kat depan orang ramai. cuba bertahan. tapi… isk!
lagi satu, ku juga tak boleh kalau dimarah oleh orang yang disayang atau melihat orang kena marah.. mesti start pangai pelik. tho orang tu marah sebab ku banyak cakap atau tak tolong dia wat benda yang disuruh ke pe ke. benda simple-simple. pelik.
Sebab tu cik neollene suka meninggalkan daripada ditinggalkan. Kalau pergi memana, biar kita yang datang. dan kemudian pergi.
Tapi pada orang tertentu sahaja. Sesiapa yang berkenaan tu..fahamlah. dah faham sangat. Kalau ku dah start bermuka pelik tu..hehe

Ai..name saye Doktor Imran!
Tadi..
Sampai-sampai rumah. Ma terus ke bilik imwan. Ku pun mengusik, “hai ma..tengok pe? Da rindu kat imran kee?” tapi…. alih-alih ku pusing belakang. tahan. Keluar bilik cepat2. haha
Babai Doktor Imran!! Hoho (T.T) dek kerana kehebatan dan ke-cool-an dia terhadap jarum suntikan dan nurse-nurse yang merawat dia di hospital.. (kenyit mata je amik darah siap nguap-nguap lagik hehe) family semua dah berkenan Imran jadi doctor. hehe especially mama wan imran..siap kira bila Imran graduate doctor nanti umur dia berapa..hehe InsyaAllah! nak jugak Imran jadi ‘orang hospital’ cam dia..
Hari tu tak sabar nak balik sebab Imran.
Sanggup tak nak keluar rumah sebab Imran.
Sanggup bangun awal pagi sebab nak mandikan imran.
Sekarang..
Tahan!

huhu.. cik neollene kite ni penyedih rupenye..
xpe2.. tu maknenye hati lembut… heheh…
bukan cam aku, ego.. huhu…
bukan penyedih tapi hati halus kot..hehe
one day.. hajar akan jadi sensitip gak..believe me