dengan darjah pantulanku sendiri..
di tengah-tengah
kesepian pagi ini tanpa bulan.
aku duduk.
di atas meja best.
oh maksudku kerusi.
tapi benar
tanganku.. jemariku duduknya di atas meja.
hari ini 3 pagi.
raya..oh ku tidak merasakannya.
sunyi malam ini.
seperti kebiasaannya.
aku seorang.
aku saja yang belum.
tiba-tiba..
sang cicak pula menyapa..eloooo!
cis! menggannggu!
eh.. ku hampir terleka..
melodi lagu sedih terus dimainkan..
menembusi lapisan batu bata dan konkrit
sayup-sayup..ku menghirup bunyian itu
tanpa sedar..seperti secawan kopi yang sudah sebati
aish..orang yang sedang dibasahi hujan.
maka halalkan sahaja.
lama-lama
nyaman juga rasanya.
tiba-tiba..
asyik tiba-tiba..
ku terdiam saja..
putaran kipas yang berirama..
ku mengesat-ngesat mata..gatal tiba-tiba.
asyik tiba-tiba.
akalku terbang..jauh
melayang-layang…
dibawa angin..dingin..
shhhuuhhhh
dan menghalusi di celah-celah awan..
lalu berjaya ia membolosi
pchsaachh….
dan pecah..tersebar ia..
lalu jatuh.. menyelam..
ditarik pula pecutan 9.81 m/s² ke pusat bumi
paaakkk!
selamat ia mendarat.
di celah-celah pohon sang pujangga
di bawah kegelapan bulan, yang padam
akhirnya sampai ia di sebuah dataran
luas, segar dan menghijau..
tiba-tiba..
jantungku dilibas dan diketuk dengan kasar..
saraf mindaku pula bertanya, apakah?
kau membiarku hanyut..dibuai ilusi.
dengan darjah pantulan cahayaku sendiri..
pada akalku..maksudnya jauh kedalam..
jurang mariana juga ku daki.
kerana logik bagiku untuk didaki..
tapi bagi dirimu?
hanya tinggal. tanda tanya.
oh aku bukan rumput. untuk kau pijak dan berjalan di atasnya..
untuk kau pilih dan membuat perumpamaan..
aku hanya seorang perempuan..yang tidak sempurna.
bukan juga bidadari yang selalu kau impikan..
apakah yang kau mahukan?
untuk aku berjalan
seperti di sebuah landasan keretapi
diiringi suara gesekan tayar keretapi di landasan keluli
lalu tiba-tiba,
langkahku terhenti seketika.
lalu memandangmu..
sebagai tanda, menghargai senyumanmu..
atau kau yang berdiri
terpacak..kau di situ
lalu tersenyum..kerana menikmati..merasai..
saat-saat yang tercipta oleh waktu.
tika kau bertemuku..di dalam hidupmu?
katakan padaku..
kau mahu..
tapi kau tak mahu?
jika mahu.. tunjukkan padaku!
atau adakah..
kau sudah pasrah, lalu menjangka..
tatkala terhentinya
deretan wayang gambar keretapi yang bergerak laju itu
kau melihat
aku tiada lagi..
di situ.
- Neollene. 3.13 a.m, September 21, 2009.
NOTA: *kau dan *aku hanya kata ganti diri. ku akan ke Selatan hari ini..

Recent Comments