I love this blog. but sometimes, in life..there must be something that we would decide to leave and wouldn’t bring along to the future. coincidentally, my external hard disk (contains all my ‘past’ thingy ) had disappeared since few months back. i think, this blog is the only prime memory left that i have.. i still love some of my works in here in the past. therefore, i’ll keep this blog.. but i will not update it anymore from now on.
I created this since few weeks ago. There is no need to explain. i’ll move! http://blog.neollene.com is my latest site. do visit me if you are interested!
hari ni hidup den cem tak betol sket. tadi pegi cafe beli pau tak bawak duit. pegi kiosk nak topup tapi unsuccesful. tak ingat number plak. adoi jarang topup sendiri. last last.. sok jee lah.
pulang ke bilik subuh-subuh tadi tetiba layan lagu cemni plak.. pahtu bangun kul 11! hoho nak sambung working drawing. (walhal korang lagi lambat kan? haha)
lagu nih? paham-paham jeee lah~ poning palow! (bak kate puad si budak klate) hati pun tak betol. dingin jee humm. resah dan gelisah. ogk.
Di suatu malam ketika baru pulang dari studio pada semester 2 yang lepas.. seseorang bercerita dan bertanyakan kepada saya tentang ’sesuatu’ perkara yang berlaku ketika di CenFoS (Center for Foundation Studies UIAM). Lalu saya mengatakan kepada dia, bahawa itu adalah ‘perkara silam’ yang rasa menyesal pernah melakukannya sampai sekarang. Mungkin Nahnu dan orang tertentu saja yang faham tentang apa dan siapa.
Ketika mengakhiri perbualan kerana kami sudah berada di tengah-tengah persimpangan menuju ke blok mahallah masing-masing.. saya bertanya kepada dia;
“Sape yang bitau actually?”
Dia menjawab beberapa nama.. dan berkata, “Tapi dia (salah seorang daripada nama itu) memang cover giler la.. tanak buruk-burukkan orang tu (perkara silam)”.
Lalu saya menjawab, “ok.. biasa la tu. dah member.. just jangan bitau orang lain k ” Tiba-tiba dia juga menambah..“Lepas tu dia ada cakap.. dia yang ajar A** (nama saya) PHOTOSHOP..”
SAYA TERDIAM seketika.. mungkin kerana TERKEJUT. lalu hati saya berasa tidak tenang dan saya cuba me-recall masa lalu..
Kemudian saya menjawab, “Adoii.. bila lak dia ajar A**??” Dia menjadi agak serba-salah dengan pertanyaan saya, lalu menjawab.. “emm tatau la.. dia cakap err dia ada ajar a** PHOTOSHOP….”
……………… Ketika berjalan pulang menaiki tangga ke bilik.. saya berkata dalam hati,
“Kalau nak ngorat awek ke nak tunjuk hebat ke jangan la babitkan namaku.. ish ish..”
Sampai ke hari ini.. saya masih terngiang-ngiang akan apa yang dikatakan oleh ‘orang yang mengaku sebagai cikgu’ itu kepada saya. Apakah motif anda membuat pengakuan begitu.. dan bilakah anda mengajar saya? apakah yang diajar?
Orang itu adalah seorang kawan yang baik dengan saya suatu ketika dulu.. Sekarang, saya tidak mempunyai masalah untuk berkawan dengannya (walaupun rasa hormat saya terhadapnya sudah hilang), TAPI dia masih berhutang kepada saya sesuatu; jawapan kepada soalan di atas..
Kadang-kadang.. lelaki tetap akan mendiskriminasi terhadap kemampuan perempuan. bukti dan contohnya seperti kisah di atas. Adakah anda tidak yakin akan kemampuan seorang perempuan yang berusaha dengan tangannya sendiri.. belajar dan menimba pengalaman sendiri? Ya.. kisah hidup saya mungkin berbeza daripada orang lain. Itu yang menjadikan saya seperti sekarang. Kamu tidak tahu tentang itu.
Jagalah hati dan rasa hormat orang lain terhadap kita.. takut-takut ketidakjujuran kita akhirnya diketahui orang lain.. lalu mencemar motor sendiri dengan lumpur. =)
——————-
Since the past few months, I had become sucha lazy blogger. Especially when the content is related with my studio project updates. Time also refrains me from keeping this blog updated. But though this is kinda late enough.. I just want to publish this as ‘my art diaries..’
click at the image to enlarge. Designed by Neollene.
Poster of Minaret. This is one of my coursework in History of Islamic Architecture subject. My group and I also had produced a short video as montage or introduction, before we started our presentation on the topic in front of other students and lecturer.
click at play to watch the video.
Produced and edited by Neollene and the group. It was recorded by using our own camera phone and was edited in about 3 hours.
NOTE: Minaret is also called Manaara, Menara or watchtowers. It is a symbol of Islamic architecture. We always find it attached to the Mosque.
“Kenapa saya suka rumah saya?” Sebenarnya terdetiknya idea untuk menulis post ni hadir sejak ku menjejakkan kaki di rumah setelah lama tidak pulang.. Parents pula sudah berkali-kali bertanya bila ku dapat pulang ke rumah. rindu anak bongsunya mungkin? hehehe
dan sebenarnya.. saya juga chinta akan rumah saya. Winduuu.. ^.^
Jadi kenapa saya suka rumah saya? Ini jawapannya..
sebab saya sukakan buah ini! yakyak! before balik ayah mak mesti pastikan buah ni ada lam peti haiiss.. hik yang paling ku suka kaler diaa..! nyum nyumm. Di rumah, Masakan mak sangatlah bernilai bagi kami. Tanpa perlu diminta, terlalu banyak makanan yang dimasak atau dibeli sudah tersedia ketika kami (adik-beradik) pulang. memang lumayan..
Di sini.. kampung nelayan.. dan pantai.. fuh! bahagia..
Hari itu, kami ada tetamu undangan dari Selayang! wohohoo.. sangaatlah kiuuuut!
tikus tipuu..heheheh
Ape laa yang die sibok ngat tuu.. hehe dah penat, tiiido lah.
Tapi ini semua hanyalah kehidupan yang ‘tenang’ di rumah.. Masa akan sentiasa berubah, cik neollene hanya dapat menulis post ini pun ketika di studio setelah ‘kerja’ group B.C.M ku berjaya disiapkan.. heh jadi tidak hairanlah kalau-kalau ayat cik neollene sedikit pelik. sebab tak dapat ‘feel’ menulis kat sini..hehe. Just ‘hepi’ bila dapat ‘top up’ mud ku balik malam ni..
NOTE: Ada sesuatu yang ingin ku updet lagi tentang ‘puisi’.. Tapi tak tahulah bila ku berkesempatan. Gambar-gambar di atas pula di-edit dengan sesegera yang mungkin. Ada pula orang yang memperkenalkan suatu ‘alat’ baru kepadaku.. mungkin sesuai untuk orang yang ‘tidak banyak masa’.. kan? hehe syukran.
Berita penting, Cik neollene diharuskan menamatkan perkhidmatan ‘kod ajaib’ 719 ku yang disayangi tak lama lagi. Huhu.. Bertukar angin kepada saudagar rangkaian baru lah pula.
mIn the Name of Allah. Most Gracious, Most Merciful.
Tanpa dirancang..
Korang ngat tak bro ni sape? Si Lelaki berbaju hijau tu Nahnu gelarkan sbg ‘Kuning’. dia volunteer untuk menyanyi lagu berbahasa Urdu. tak tahulah apa yang disebutnya. tapi tetap terhibur.
5 Februari 2009 -Nahnu terserempak dengan grup ‘Poetry Slam IIUM’ yang memperjuangkan poetry atau puisi samada sajak, pantun, lagu puisi, mahupun apa saja berbentuk ’seni ekspersi’ ketika ‘penat dan makan’ di kafe HS (Human Science). Mula-mula rasa kekok tengok orang tiba-tiba berdiri dan ‘bersemangat’ melontar suara menarikan sususan kata-kata sajak yang ditulis dengan emosi. huhu. Lama-lama cik neollene kata kat kawan cik neollene.. “Shy. best gak ek..”. “Ha’ah tau takpe. aku memang suke gile benda2 nih.”
Selepas persembahan habis, kami pula mendaftarkan nama. Kunun-kununnya suatu hari nanti, kami pula yang berdiri di tengah-tengah kafe membuat persembahan. Seorang memetik gitar, seorang menanyikan lagu puisi, seorang mengalunkan sajak.. seorang.. err.. hehe. poyo juga. tapi sampai ke detik ini, masih belum berkesempatan. ataupun mungkin, tidak selamanya..
14 February 2009 - Ketika hendak balik dari Artshop di Taman Melawati hari tu, ku tiba-tiba terkeluarkan idea spontan dengan berkata, “Korang nak tengok.. Upin Ipin tak?” mereka berpandangan sebentar lalu menjawap, “Kitorang ok jeah~!”. Sedangkan kami ada CRIT 1 di studio pada hari Isnin. (walaupun hati risau dengan drawing)
Sampai TGV pada pukul 3, ku melihat pada skrin. FULL FULL FULL sahaja yang ku namapak pada title ‘GENG’. Hatiku mula berkata “Oh tidaak!”. Kami berpandangan sekali lagi. Tiba-tiba ada suara terdengar, “Benjamin Button ni macam best. Aku dah paham cerita dia! jom!” selepas melihat review di skrin.
Kami tidak merancang.. keluar dari panggung dengan tersenyum. Ku puas.. Ya Kami puas hati.
Cerita ‘epik’ ini sarat dengan nilai-nilai kehidupan; kematian, kehilangan, harapan, cinta, ‘respect’, menghargai, berusaha keras untuk hidup dan tidak putus asa. Yang paling penting, ‘Don’t see a person by his look’. Mengisahkan seorang bayi yang lahir dengan rupa dan anggota yang sudah ‘tua’ tetapi menjadi semakin muda apabila usia meningkat tua. Sungguh kreatif idea filem ini.. Ku puji. Untuk lebih lanjut, bolehlah cari review-nya di google. hehe
The Curious Case of Benjamin Button
Sukaku untuk mengambil quotation menarik daripada filem ini yang masih menari-menari lagi di benak fikiranku;
Daisy: Are you sick?
Benjamin Button: They said I was gonna die soon but, maybe not.
Benjamin Button: I was thinking how nothing lasts, and what a shame that is.
Daisy: Some things last.
Benjamin Button: Some people get struck by lightning. Some are born to sit by a river. Some have an ear for music. Some are artists. Some swim the English Channel. Some know buttons. Some know Shakespeare. Some are mothers. And some people can dance.
Benjamin Button: Your life is defined by its opportunities… even the ones you miss.
Benjamin Button: It’s a funny thing about comin’ home. Looks the same, smells the same, feels the same. You’ll realize what’s changed is you.
Mr. Daws: Did you know that I was struck by lightning seven times?
Benjamin Button: For what it’s worth. it’s never too late or, in my case, too early to be whoever you want to be. There’s no time limit, stop whenever you want. You can change or stay the same, there are no rules to this thing. We can make the best or the worst of it. I hope you make the best of it. And I hope you see things that startle you. I hope you feel things you never felt before. I hope you meet people with a different point of view. I hope you live a life you’re proud of. If you find that you’re not, I hope you have the strength to start all over again.
Mrs. Maple: Benjamin, we’re meant to lose the people we love. How else would we know how important they are to us?
Captain Mike: You can be as mad as a mad dog at the way things went. You could swear, curse the fates, but when it comes to the end, you have to let go.
Benjamin Button: Some nights, I’d have to sleep alone. I didn’t mind, I would listen to the house breathin’. All those people sleepin’. I felt… safe.
Daisy: I promise you, I’ll never lose myself to self-pity again.
Benjamin Button:And I think, right there and then, she realized none of us is perfect forever.
Sesiapa yang tak dapat menonton Geng kerana kehabisan tiket, bolehlah menimbang-nimbang untuk melihat filem ini.
Penuh dengan ‘emosi’ yang berseni..
16 February 2009 - Balik dari Crit Session 1, Nahnu balik dari Studio sudah lewat petang. ’sudah tentunya’ malam tu kami tak tidur. Nahnu decide untuk tidak pergi menonton. terlalu letih mungkin.. tapi Ku dengan kobarnya mengajak sebenarnya memaksa Shy untuk menemaniku menonton teater yang dipersembahkan oleh Teater Club sempena Nusantara Week 09. Ku lebih suka dengan Teater Alahai.. Soto. Teater Melayu yang boleh dihayati lebih daripada teater Take two to tango.. Mungkin teater Melayu lebih ‘bermakna’ dan ada ‘hidupnya’.. Melayunya dan gurau sendanya. Cik neollene berminat dengan watak Suhaimi. Kenapa ya? mungkin gayanya agak ‘cool’ dan suaranya jarang ku temui.. Teringat cik neollene akan pelakon ‘biasa’ Take two to Tango, Ilya. Dia pelakon GETAR juga.
18 February 2009 - Malam itu grup ‘Halaqah’ ku decide untuk tengok movie sahaja di Library instead of buat aktiviti usrah seperti biasa. Cool juga kan kakak Naqibah (Ketua) halaqah ku? Sekurang-kurangnya Bahagia juga ku rasa malam itu, kami terhentak-hentak terbahak-bahak gelak menonton ‘Night at the museum’ sambil menahan kepala yang dah berat sebab tak sihat.
20 February 2009 - Malam itu Cik neollene kembali ke bumi Melaka. Kemudian ke Majapahit. Mengimbau sejarah percintaan Gusti Putri Radeng Ajeng Retno Dumilah dan Laksamana Hang Tuah yang sungguh ‘mengayat hati’ (yolah tu), dipentaskan di Istana Budaya. Bukan ku tidak sukakan teater percintaan atau ‘romantik’. Tapi mungkin terlalu memfokuskan akan ‘percintaan’ mereka, sehingga keunikan sejarah itu sedikit tenggelam. Ku mula mengeluh. Mungkin letih, untuk melihat. huhu. Oh ya.. ku mengharapkan sesuatu yang ‘lebih’ dan ‘lebih’ bermakna sebenarnya. Paling ku suka watak Sultan Mahmud atau Adlin Aman Ramli yang cool. Heroku memang tak pernah menghampakan.. hehe. Tentang watak Hang Tuah, umm ku lebih sukakan seorang Melayu yang memegang watak.. bukankah itu lebih baik? Tapi lakonannya masih haruslah dipuji.
Tiketku ke sana telah di-sponsor. Mungkin memang ditakdirkan, kami sepanggung bersama Pak Lah pada malam itu.
click at the picture to enlarge
click at the picture to enlarge
click at the picture to enlarge.
Apa-apa pun, ku sukakan lagu dan musiknya..
Terutamanya lirik ini;
Hati.. pujuklah perasaan,
Jangan ada sangsi,
Walaupun berjauhan,
Tetapku kenang senyumanmu,
Rinduku.. selalu bersamamu.. kasih.
Memangku sukakan Melaka. tanahnya. sejarahnya.
Ketika orang bertanya ku ingin ber-’Heritage Study’ di mana, ku ’sengaja’ menjawap.. Melaka.
Mereka gelak saja. Kerana selalunya Heritage Study untuk budak Architecture 2nd year nanti di lakukan di ‘luar’ atau di oversea. Di Nusantara ataupun di eropah.
NOTE: Cik neollene BUKAN tidak ada kerja. Lagikan pula hanya bergoyang kaki minggu ini. Banyak dengan assignment dan design.Tapi, hidupku..teater, puisi.. hidupku.
In the Name of Allah. Most Gracious, Most Merciful. The Cherisher and Sustainer of the Worlds.
Residential Studio. Exhibition at Kaed’s Gallery. 10-13 February 2009.
My parts:
[1st year]
AO size collage. Did with Fazrena Azleen. Faz did the collage.
I did the background. Then we edited & finalized it. Tree represents single mother (our project’s client) ; strenght, loneliness, independent, standalone.
Designed by Neollene. Collabrated with Shazwani & Shyhida.
Credits to Mikhail Andre for the original picture.
Sort of poster but actually a compilation of pictures at Ulu Yam.
Ulu Yam daytrip journal. written by Amira, Husna, Atiqah
Fatehah, Muktar & Siti Maisarah. layout designed by Neollene.
written by Fatehah & Muktar.
written by Siti Maisarah.
We just had almost 2 days to finished it up.
I’m now prepairing for Critics Session 1 (Design Studio) tomorrow morning.
NOTE: click at the image to enlarge. At last! I manage to update this blog.. Yeah!
In the Name of Allah. Most Gracious, Most Merciful.
Actually dah lama ‘kerja’ cik neollene ni bertangguh, sejak berlangsungnya majlis kenduri perkahwinan kakak eldest cik neollene ni 2 bulan lepas.. still tak dapat nak siapkan. ngee ye la, orang lain ‘bz giler’ nak submit projek.. cik neollene kena sibuk ‘bermajlis kahwin’ pula. Kan dah bertangguh lama. huhu.. Dia pun dah banyak kali bising.. adeh la.
Gambar ni diambil di rumah kami.pada 4 Oktober, 2008.
gambar outdoor. di jeti nelayan berdekatan Pantai Kelanang.
Masa dapat job ni baru je nak ‘belajar’ menggunakan kamera yang baik. Ada banyak sangat gambar yang masih dalam proses lagi.. Fuh, banyak lak kerja nak buat time-time cuti ni. Kerja yang ‘lain-lain’ lagi.. blubblub.. blub. tuuluuunn..
In the Name of Allah. Most Gracious, Most Merciful.
Mood baik untuk permulaan hari baru.. that’s good.
(sementara mood baik ni) Masa duk cungkil gambar-gambar yang sempat buat back up dalam hdd hari tu, cik neollene ternampak gambar ni. Ada dua budak kiut nak main suap-suap lak.. (heh nak manja la tu kunun) jangan ada yang jelesh lak.. >.<
Di Main Auditorium, KAED, UIAM. diambil ketika ‘majlis mendengar amanat terakhir’ studio kami. bukan besday cik neollene daa! huhu.
In the Name of Allah. Most Gracious, Most Merciful.
Gambar ni di ambil di A&R Machap otw balik dari JB 4 hari lepas.. Lebih kurang pukul 7.13 malam.
Ramai yang mungkin naik muak tengok post-post sebegini di blog cik neollene.. Tapi apa yang cik neollene cuba lakukan hanyalah luahan (ekspresi) atau cetusan idea dan perkongsian imej-imej yang lahir dari pemikiran dan jiwa cik neollene.. yang diambil mengikut keadaan, cara hidup dan pengalaman diri.
Kata-kata itu pula adalah dari Diari Bicara Hati cik neollene yang cik neollene tulis berdasarkan pengalaman dan pemerhatian sendiri.. Tidak semestinya tulisan lahir setelah imej terhasil. Mungkin lebih awal dari itu.
Sedangkan blog ini pula dinamakan EXPRESSIONISM di mana itu merupakan satu istilah yang cik neollene ambil daripada sejarah art movement di eropah yang mana cik neollene ubah atau sesuaikan mengikut cara cik neollene sendiri dan perkembangan teknologi fotografi serta imej digital yang lebih dekat dengan cik neollene.
Kalau anda punya soalan seperti, “Kenapa perlu diekspres?”
Jawapannya, itu adalah salah satu cara cik neollene menangani kehidupan yang penuh dengan cabaran tanpa mengganggu orang lain. Cik neollene tidak suka bercerita, tidak suka membuka aib orang.. mahupun tidak mahir meluahkan emosi melalui lagu seperti orang lain.
atau “Kenapa sibuk-sibuk edit gambar dan tulis ayat poyo-poyo?”
Jawapannya, cik neollene edit gambar memang untuk kepuasan diri cik neollene sendiri..tapi di samping itu, cik neollene juga ada motif lain yang tersendiri untuk menjelaskan keadaan dan untuk mengumpul karya untuk masa depan cik neollene. Because time is money.. Money is business! Business is about how you manage it.. doakan kejayaan cik neollene..
Cik neollene ada perancangan menukar layout blog ini untuk disesuaikan dengan EXPRESSIONISM.. cuma belum ada masa lagi unuk redesign bog ini.. Jika tiada masalah dengan coding, InsyaAllah suatu hari nanti.
Sekiranya anda merasakan imej-imej cik neollene tiada berunsur ’seni’ atau tidak menarik.. Cik neollene tidak kisahkan itu semua. Jika tidak suka, tidak perlu dilihat. Itu sahaja. sekian.
“Expressionism is a style in which the intention is not to reproduce a subject accurately, but instead to portray it in such a way as to express the inner state of the artist. The movement is especially associated with Germany, and was influenced by such emotionally-charged styles as Symbolism, Fauvism, and Cubism.”
Recent Comments