Masa menyelak-nyelak akhbar online hari ni, ada berita menggembirakan tentang teman-teman yang dekat dengan cik neollene, khususnya kami di KAED, UIAM. Satu tentang pencapaian di AUG, dan satu tentang bakat seni nyanyiannya. Tahniah buat mereka. Semoga bakat-bakat kawan kita ni dapat dikongsi bersama dan teruskanlah usaha kalian dalam mencapai misi dan visi tersendiri.
1. Ahmad Zhafri bantu ledak emas dalam acara menembak Sukan Universiti Asian semalam.

PENEMBAK negara (dari kiri): Hafiz Adzha, Ahmad Zhafri Zamil dan Mohd Shawal Othman
SUBANG JAYA: BIDIKAN konsisten dan cemerlang Ahmad Zafri Ahmad Zamil (salah eja nih) membantu Malaysia meraih dua pingat emas melalui acara menembak kategori 50m pistol lelaki SUA 2008, semalam.
Emas pertama hadir dalam acara berpasukan menerusi gandingan Ahmad Zafri, Hafiz Adzha dan Mohd Syawal Othman yang mengutip 1,058 mata mengatasi Vietnam (1,034) dan Thailand (998 mata).
Dalam acara itu, Ahmad Zafri mengumpul 538 mata, manakala Hafiz dan Mohd Syawal masing-masing mengutip 525 dan 520 mata.
Ahmad Zafri, kemudian meneruskan kecemerlangannya di Lapang Sasar Menembak Kebangsaan dengan meraih pingat emas kategori individu.
baca lagi..
Barita Harian
2. Algebra tampil imej berserban.

macam pernah ku pegang gitar itu..
Kumpulan nasyid baru yang menggelarkan diri mereka sebagai Algebra misalnya, cukup bangga dengan imej berserban yang ditampilkan ketika muncul mengadakan persembahan pentas ataupun semasa berada di khalayak ramai.
Menurut penyanyi kumpulan itu, Ahnaf Jamal, beliau bersama rakan-rakannya bukan sahaja tidak segan tampil dengan imej berserban, sebaliknya bangga kerana mempunyai inisiatif bagi mempopularkan serban di kalangan generasi muda.
“Bagi kami, serban bukan sahaja melambangkan salah satu imej atau pakaian orang Islam, tetapi secara tidak langsung ia juga merupakan suatu fesyen yang cantik untuk diikuti termasuklah di kalangan remaja hari ini.
“Walaupun kami memakai kemeja-T atau seluar jeans tetapi kami tidak berasa janggal untuk mengenakannya dengan serban. Kami berasa bangga kalau fesyen yang sihat ini menjadi ikutan remaja kelak,” katanya.
Algebra yang bermaksud salah satu cabang ilmu matematik yang dicetuskan oleh ilmuwan Islam, Al-Khawarazmi banyak mencetuskan unsur-unsur nasihat dan ketuhanan menerusi lirik lagu-lagu nyanyian mereka.
Dengan imej berserban itu, lima anggota remaja berusia 19 hingga 24 tahun ini ternyata tidak menghadapi masalah sama ada ketika mengadakan persembahan pentas mahupun semasa muncul bertemu para peminat di khalayak ramai.
Malah, Algebra yang bukan setakat menyanyi tetapi bermain alat-alat muzik seperti keyboard, gitar, dram dan perkusi turut tidak menghadapi masalah ketika mereka tampil mengadakan persembahan dengan imej tersebut.
baca lagi..
Utusan Malaysia
Pada pandangan cik neollene, memang baik berserban. Imej adalah sesuatu yang dicipta untuk mencari kelainan daripada orang lain. Atau untuk menjadi uniq dan beridentiti. Berserban juga merupakan sunnah Rasullullah.
Namun begitu, diharap apa yang kita cuba tonjolkan kepada khalayak akan menjadi contoh yang baik juga kepada mereka. Maksud cik neollene, perlakuan atau budi pekerti wajarlah sejajar dengan penampilan. Barulah imej berserban ini dipandang mulia.
Dengan bermain alat muzik untuk menarik golongan belia menggemari lagu nasyid atau lagu yang positif merupakan usaha yang baik, tapi haruslah diingat bahawa apakah ‘konteks’ ataupun ciri-ciri lagu yang berunsur ketuhanan itu sebenarnya?
Dengan menyanyikan lagu yang ditulis oleh bekas Mufti Perlis itu diharap kumpulan ini dapat memberi mesej dan peringatan yang berguna kepada sesiapa yang mendengarnya.
eye thinker
Recent Comments