Di suatu malam ketika baru pulang dari studio pada semester 2 yang lepas.. seseorang bercerita dan bertanyakan kepada saya tentang ’sesuatu’ perkara yang berlaku ketika di CenFoS (Center for Foundation Studies UIAM). Lalu saya mengatakan kepada dia, bahawa itu adalah ‘perkara silam’ yang rasa menyesal pernah melakukannya sampai sekarang. Mungkin Nahnu dan orang tertentu saja yang faham tentang apa dan siapa.
Ketika mengakhiri perbualan kerana kami sudah berada di tengah-tengah persimpangan menuju ke blok mahallah masing-masing.. saya bertanya kepada dia;
“Sape yang bitau actually?”
Dia menjawab beberapa nama.. dan berkata, “Tapi dia (salah seorang daripada nama itu) memang cover giler la.. tanak buruk-burukkan orang tu (perkara silam)”.
Lalu saya menjawab, “ok.. biasa la tu. dah member.. just jangan bitau orang lain k ” Tiba-tiba dia juga menambah.. “Lepas tu dia ada cakap.. dia yang ajar A** (nama saya) PHOTOSHOP..”
SAYA TERDIAM seketika.. mungkin kerana TERKEJUT. lalu hati saya berasa tidak tenang dan saya cuba me-recall masa lalu..
Kemudian saya menjawab, “Adoii.. bila lak dia ajar A**??” Dia menjadi agak serba-salah dengan pertanyaan saya, lalu menjawab.. “emm tatau la.. dia cakap err dia ada ajar a** PHOTOSHOP….”
……………… Ketika berjalan pulang menaiki tangga ke bilik.. saya berkata dalam hati,
“Kalau nak ngorat awek ke nak tunjuk hebat ke jangan la babitkan namaku.. ish ish..”
Sampai ke hari ini.. saya masih terngiang-ngiang akan apa yang dikatakan oleh ‘orang yang mengaku sebagai cikgu’ itu kepada saya. Apakah motif anda membuat pengakuan begitu.. dan bilakah anda mengajar saya? apakah yang diajar?
Orang itu adalah seorang kawan yang baik dengan saya suatu ketika dulu.. Sekarang, saya tidak mempunyai masalah untuk berkawan dengannya (walaupun rasa hormat saya terhadapnya sudah hilang), TAPI dia masih berhutang kepada saya sesuatu; jawapan kepada soalan di atas..
Kadang-kadang.. lelaki tetap akan mendiskriminasi terhadap kemampuan perempuan. bukti dan contohnya seperti kisah di atas. Adakah anda tidak yakin akan kemampuan seorang perempuan yang berusaha dengan tangannya sendiri.. belajar dan menimba pengalaman sendiri? Ya.. kisah hidup saya mungkin berbeza daripada orang lain. Itu yang menjadikan saya seperti sekarang. Kamu tidak tahu tentang itu.
Jagalah hati dan rasa hormat orang lain terhadap kita.. takut-takut ketidakjujuran kita akhirnya diketahui orang lain.. lalu mencemar motor sendiri dengan lumpur. =)
——————-
Since the past few months, I had become sucha lazy blogger. Especially when the content is related with my studio project updates. Time also refrains me from keeping this blog updated. But though this is kinda late enough.. I just want to publish this as ‘my art diaries..’

click at the image to enlarge. Designed by Neollene.
Poster of Minaret. This is one of my coursework in History of Islamic Architecture subject. My group and I also had produced a short video as montage or introduction, before we started our presentation on the topic in front of other students and lecturer.
click at play to watch the video.
Produced and edited by Neollene and the group. It was recorded by using our own camera phone and was edited in about 3 hours.
NOTE: Minaret is also called Manaara, Menara or watchtowers. It is a symbol of Islamic architecture. We always find it attached to the Mosque.
Expressionism, art diary, scratch book
Recent Comments